Selasa, 14 Februari 2012

KEINDAHAN ISLAM


KEINDAHAN ISLAM

Penulis : Dr. Abd Basit Abd Rahman
Kod Buku : TBBK1205
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

HARGA : RM 36.00

Kitab Mahasin Al-Islam” (Keindahan Islam) ini adalah hasil koleksi tulisan daripada beberapa orang pensyarah Universiti Islam Madinah (UIM). Ia kemudiannya diterjemahkan kepada pelbagai bahasa di bawah projek yang dikelolakan oleh Jabatan Kajian Ilmiah UIM. Saya diberi tanggungjawab untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu, serta beberapa buah buku lain sepanjang menjadi mahasiswa di UIM.
Setelah melalui beberapa halangan dari segi masa dan teknikal, akhirnya alhamdulillah dengan taufik, hidayah, dan inayat Allah SWT, kitab yang indah dan penuh manfaat ini berjaya juga disiapkan. Kitab ini menerangkan tentang keindahan syariat Islam dalam seluruh perintah dan larangannya:

  • • Keimanan
  • • Ibadat
  • • Kekeluargaan
  • • Muamalat
  • • Jenayah
  • • Hubungan antara rakyat dengan pemerintah
  • • Akhlak yang mulia

Selain menjelaskan perintah dan larangan tersebut, ia juga menceritakan faedah-faedah, hikmah-hikmah, maslahat-maslahat, dan terdapat pelbagai manfaat kepada manusia di sebalik pensyariatan-Nya.

Jumaat, 10 Februari 2012

AKIDAH : TULISAN DR ENGKU AHMAD ZAKI


AKIDAH PEMAHAMAN & PERPECAHAN
UMAT SEPANJANG ZAMAN

Kod Buku: MRBK1059
Penulis : Dr Engku Ahmad Zaki
Penerbit : Must Read Sdn Bhd

HARGA : RM 19.90

Persoalan akidah merupakan persoalan yang amat penting dalam kehidupan Muslim. Akidah yang benar lagi mantap dapat menyelamatkan seseorang Muslim daripada kancah kesesatan. Oleh sebab itu, setiap Muslim berkewajipan mempelajari, memahami, menghayati dan seterusnya mempraktikkan persoalan akidah Islam agar mereka beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Namun, akhir-akhir ini gejala ajaran sesat, fenomena murtad dan masalah sosial semakin membarah dalam sendi masyarakat Islam. Kesemuanya berpunca daripada ketipisan atau ketohoran akidah yang bertapak dalam jiwa sanubari setiap Muslim. Generasi Rasulullah SAW dan para sahabat merupakan contoh terbaik dalam hal ini. Mereka memiliki akidah yang kental, ibadah yang konsisten dan perhiasan akhlak yang terbilang sehingga mereka muncul sebagai generasi terbaik dan cemerlang dalam segala lapangan hidup.

Buku ini merupakan sumbangan yang tidak seberapa ke arah pengukuhan akidah, pemahaman ilmu yang benar dan pengamalan yang konsisten di samping perhiasan akhlak terpuji di kalangan umat Islam agar mereka lahir sebagai umat yang terbaik sebagaimana yang pernah dirintis oleh generasi Rasulullah SAW dan para sahabat.

Selasa, 7 Februari 2012

KHILAF


KHILAF

Kod Buku : MRBK1058
Penulis : Abdul Mu'izz
Penerbit : Must Read Sdn Bhd

HARGA : RM 25.00


Secara fitrah, manusia sememangnya dikurniakan kekuatan dan cara pemahaman yang berbeza antara satu sama lain. Atas fenomena tersebut, terbitbanyak perbezaan pandangan di kalangan mereka seterusnya membentuk pelbagai aliran.

Oleh kerana perbezaan pandangan tanpa batasan semakin membarah, membuatkan mereka semakin jauh menyimpang dari syariat Islam yang diiktiraf oleh Allah SWT sebagai satu-satunya cara hidup. Kemudian diutus para nabi dan rasul untuk membimbing manusia menuju keredaan Allah SWT. Kehadiran para nabi dan rasul Allah SWT bertujuan sebagai guru dan pembimbing kepada manusia. Menceritakan khabar gembira buat mereka yang taat mengikuti Islam secara sempurna dan memberi peringatan azab pembalasan di akhirat kelak kepada mereka yang ingkar. Dengan itu disertakan bersama utusan-utusan Allah SWT, kitab yang menjadi rujukan buat manusia.

Justeru, peranan kita adalah berusaha mengejar kelayakan semoga Allah SWT mengurniakan hidayah dalam pencarian terhadap kebenaran yang hakiki. Dengan kesungguhan itu, moga dibimbing ke jalan yang lurus.

Isnin, 6 Februari 2012

PROMOSI MAULIDUR RASUL 1433H : ENSIKLOPEDIA AKHLAK MUHAMMAD



ENSIKLOPEDIA AKHLAK MUHAMMAD

Kod Buku : TBIN1060
Penulis : Mahmud Al-Mishri
Penerbit : Pena Ilmu dan Amal (Indonesia)

HARGA : RM 290.00
(Potongan harga : RM 246.50)

Rasulullah saw. adalah teladan yang paling layak ditiru. Akhlak yang mulia selalu tercermin dalam setiap perkataan dan tingkah laku beliau. Kemuliaan akhlak Nabi saw telah diakui bukan hanya oleh umat Islam, melainkan juga oleh kalangan non muslim. Bahkan, Michael Hart-penulis buku The 100 A Ranking of the Most Influential Persons in History-menempatkan beliau di urutan pertama tokoh yang paling berpengaruh di dunia. 

Melalui buku ini, Mahmud al-Mishri menyusun tata moral yang kiranya dapat dijadikan tuntunan untuk mengarungi kehidupan pribadi maupun bermasyarakat. Selain itu, buku ini juga memuat banyak teladan yang diajarkan tidak hanya oleh Nabi Muhammad saw., tapi juga oleh para nabi dan rasul sebelumnya. Ada juga beberapa kisah kontemprorer yang berkaitan dengan tata moral dicantumkan dalam beberapa bab tertentu. Hal ini membuat buku ini terasa lebih dekat dengan masa kini.

Ensiklopedia ini merupakan kunci pembuka pintu-pintu kemuliaan akhlak Muhammad saw untuk kita praktikan dalam kehidupan seharian. Tentu saja, hal itu kerana tidak ada satu pun akhlak mulia yang tidak baginda ajarkan dan pasti baginda saw contohkan dalam kehidupan nyata. Ensiklopedia ini memperinci akhlak-akhlak Baginda saw yang niscaya menjadi oase bagi pembaca yang menginginkan hidup selalu berhias akhlak mulia. 

Ahad, 5 Februari 2012

PROMOSI MAULIDUR RASUL 1433 - BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW


BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW

Kod Buku : MRBK1060
Penulis : Rusydi Ramli Al Jauhari
Penerbit : Must Read Sdn Bhd

HARGA : RM 65.00  
(Harga Diskaun : RM 55.25)

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI

Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Jumaat, 23 Disember 2011

KAEDAH JIBRIL

KAEDAH JIBRIL Teknik Mudah dan Praktikal Menghafaz Al-Quran

Penulis : Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz
Penerbit : PTS Publications & Distributors

HARGA : RM12.00

Mungkin ramai di luar sana yang sentiasa berazam untuk menghafaz ayat suci al-Quran. Namun, dek kekangan masa akibat pekerjaan, pelajaran mahupun bidang lain, makan buku ini menawarkan solusi kepada anda bagaimana kaedah untuk menghafaz al-Quran walaupun anda bukan daripada pelajar sekolah pondok. Dapatkan buku ini agar ia mengorek rahsia teknik penghafalan dengan berkesan.

Kaedah Jibril adalah buku yang mendedahkan teknik hafazan al-Quran untuk golongan awam langkah demi langkah. 

Segala fakta, teknik dan tip yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis menghafaz al-Quran selama lebih 15 tahun. 

Ia juga adalah rangkuman interaksi penulis mengajar golongan awam menghafaz al-Quran melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan. 

Kaedah dan panduan yang disusun secara santai dan ringkas memudahkan para pembaca memahami langkah-langkah menghafal setiap ayat al-Quran secara praktikal. 

Membaca buku ini mendorong dan memberi semangat baru kepada mereka yang bercita-cita menjadi hafiz, walau apa jua latar belakang usia!

Khamis, 22 Disember 2011

TRAVELOG MINDA TAJDID


TRAVELOG MINDA TAJDID
Penulis : Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit : PTS Publications & Distributors
HARGA : RM 16.00

Antara masalah besar sesiapa sahaja yang berbicara tentang Islam sepanjang zaman adalah soal keikhlasan jiwa. Amat sukar menempatkan jiwa yang tulus ikhlas dalam mencari reda Allah dalam perasaan, meskipun mudah diucapkan di lidah.
Travelog Minda Tajdid ini adalah sebuah catatan daripada hati seorang tokoh yang menjadi rujukan masyarakat pada masa kini. Mengulas isu yang dikemukakan berpkasikan al-Quran dan Hadis, menjadikan pendapat Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini relevan sepanjang zaman.

ISI KANDUNGAN

Prakata
Kembara Mencari Bekalan Perjuangan
Jangan Takut Bawa Pembaharuan
Jumud Mengundang Kebangkitan Liar   
Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan dan Kemanusiaan
Akal Mengukur Maklumat  
Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya
Tegas Berakidah, Luas dalam Fikah
Antara Tudung dan Cawat Besi
Sekiranya Kita Menghayati Perjalanan Ini
Poligami: Pro-Barat ataupun Islam?
Wanita, Pastikan Arah Perjuanganmu!
Maulid: Antara Sejarah dan Amalan
Islam: Prinsip ataupun Alat?
Salam untuk Perdana Menteri Baru
Mengapa Rakyat Tidak Puas Hati?
Bahaya Demokrasi Tanpa Prinsip Wahyu
Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan
Ulama ataupun Profesional Jadi Pemimpin?
Daulah Islamiyah: Dahulu dan Sekarang
Misteri Wahabi di Malaysia
Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu
Jangan Lebih Lajak daripada Laju
Kembara Merentasi Benua Kehidupan
Album Kenangan